Pages

Salam Sejahtera untuk semua.

Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sedang melayari laman blog Dunia Web Blog ini.

Dikesempatan ni saya nak minta maaf awal-awal kalau ada terkasar bahasa, atau terdapat kesilapan yang saya lakukan sama ada disedari ataupun tidak. Saya masih baru dalam bidang blogger ni. Untuk yang dah master atau dah expert dalam bidang ni harap dapat beri tunjuk ajar......

Melalui blog ini saya akan kongsikan dengan anda apa-apa sahaja yang saya berkaitan blog dan website di Malaysia. Posting yang dibuat untuk blog ini diperolehi dari hasil pembacaan dan perkongsian dari member-member yang mengenali mahupun tidak mengenali saya.

Diharapkan anda mendapat sesuatu yang bermakna dan bermanfaat untuk kebaikkan bersama.

"Sejuta pelita dapat dinyalakan dari satu pelita".

Selagi kita boleh nyalakan pelita selagi itu kita tidak akan berada didalam kegelapan. Ilmu yang berguna adalah ilmu yang bermanfaat kepada semua & ilmu tidak akan hilang walau diberi kepada sesiapapun.

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA


Tuesday, January 4, 2011

Sejuta Pelita Dapat Dinyalakan Oleh Satu Pelita

Pada suatu malam, selepas selesai menunaikan solat isyak. Seorang buta berjalan pulang dengan dipimpin oleh seorang Pak imam yang kebetulan melalui jalan yang sama. Setelah sampai dipekarangan rumah Pak imam, dia membekalkan sibuta dengan sebuah pelita.

Orang buta itu terbahak sambil berkata:
"Buat apa saya nak bawa pelita? Kan sama saja buat saya! Pak Imam jangan risau, saya tahu jalan balik."

Dengan lembut Pak Imam menjawab, "Pelita ini bertujuan supaya orang lain boleh melihat kamu, dan dapat mengelakan orang lain daripada melanggar kamu."

Orang buta itu pun setuju untuk membawa pelita tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, dalam perjalanan, tiba-2 ada seorang anak muda terlangar sibuta ini. Tanpa berfikir panjang Si Buta terus mengomel, "Hei, kamu kan ada mata! Berilah jalan untuk orang buta tahu!" Tanpa berbalas sapa, mereka pun terus berlalu.

***

Dalam perjalanan seterusnya, seorang lelaki lain. terlangar Si buta. Kali ini si buta bertambah marah,
 "Kamu ni buta ke? Tak nampak ke aku bawa pelita ini supaya kau boleh nampak aku!"

Pejalan itupun berkata, "Kamu yang buta! Kamu tidak lihat ke pelitamu sudah padam!"
Lelaki tersebut menyalakan semula pelita tersebut. 

Menyedari situasi itu, lelaki yang menyalakan pelita itu meminta maaf, "Oh, maaf, sayalah yang 'buta', saya tidak tahu bahawa kamu adalah orang buta."

Si buta tersipu-sipu menjawab, "Tidak apa-apa, maafkan saya juga atas kata-kata kasar saya tadi.
Mereka pun melanjutkan perjalanan mengikut haluan masing-masing.

***

Dalam perjalanan selanjutnya, ada lagi seorang pejalan yang melanggar orang buta ini. Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun, "Maaf, adakah pelita saya padam?" orang yang melanggarnya tadi menjawab, "Oh!, saya juga mahu bertanyakan hal yang sama."

Senyap seketika? secara serentak mereka bertanya, "Apakah Anda orang buta?" Secara serentak juga mereka menjawab, "Ya!..." bila mendengar jawapan itu, mereka berduapun ketawa bersama-sama. Sambil itu mereka meraba-raba kiri dan kanan untuk mendapatkan kembali pelita yang terjatuh tadi..

***

Pada masa itu juga, ada seseorang menghampiri mereka. Disebabkan terlalu gelap, orang tersebut hampir-hampir melanggar kedua orang yang sedang mencari-cari pelita tersebut. Selepas mengelak, ia pun berlalu pergi, tanpa mengetahui bahwa mereka adalah orang buta. 

Terfikir dalam benak orang ini, "Rasanya saya perlu membawa pelita juga, jadi saya boleh melihat jalan dengan lebih baik, nanti orang lain juga boleh ikut melihat jalan mereka."

***

Pelita melambangkan lambang kebijaksanaan. Membawa pelita bererti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari berbagai rintangan (pertebungan).

Si buta pertama mewakili mereka yang diselubungi kegelapan batin, keangkuhan, kebebalan, ego, dan kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, tidak sedar bahwa lebih banyak jarinya yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dalam perjalanan "pulang", ia belajar menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang dialaminya. Ia menjadi lebih rendah hati kerana menyedari kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak lain. Ia juga belajar menjadi seorang pemaaf.

Pelanggar pertama mewakili orang-orang pada umumnya, yang kurang kesedaran, yang kurang peduli. Kadang, mereka memilih untuk "membuta" walaupun mereka boleh melihat.

Pelanggar kedua mewakili mereka yang seolah-olah bertentangan dengan kita, yang sebenarnya menunjukkan kekeliruan kita, sengaja atau tidak sengaja. Mereka boleh menjadi guru-guru yang terbaik untuk kita. Tidak ada seorang pun yang mau jadi buta, sudah tiba masanya kita saling membantu dan  nasihat-menasihati.

Orang buta kedua mewakili mereka yang sama-sama gelap gelita dengan kita. Betapa susahnya menyalakan pelita kalau kita sendiri tidak dapat melihat pelitanya. Orang buta juga sukar membantu orang buta yang lain. Itulah pentingnya untuk terus belajar agar kita menjadi makin celik dan semakin bijaksana.

Orang terakhir yang hampir melanggar kedua orang buta ini mewakili mereka yang cukup sedar tentang pentingnya memiliki pelita kebijaksanaan.


Sudahkah kita sulut pelita dalam diri kita masing-masing? Jika sudah, apakah nyalanya masih terang, atau sudah hampir-hampir padam? JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita. Sebuah pepatah berusia 25 abad menyatakan:

"Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyalaan pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tidak akan pernah habis terbagi."